Ahli bina badan Mexico maut selepas buat rawatan peluh - Utusan Malaysia

Ahli bina badan Mexico maut selepas buat rawatan peluh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO: Seorang jurulatih kecergasan maut minggu lalu selepas menjalani pembedahan elektif untuk mengatasi masalah dirinya yang sering berpeluh di sebuah pusat perubatan yang didakwa tidak mempunyai lesen.

Daily Mail melaporkan, ahli bina badan Mexico, Odalis Santos Mena, 23, meninggal dunia 7 Julai lalu, selepas menjalani rawatan MiraDry yang diiklankan sebagai rawatan segera untuk mengurangkan masalah peluh dan bau badan.

Mena menjalani prosedur itu di klinik SkinPiel di Guadalajara, Mexico selepas pengamal perubatan yang dilaporkan merekrutnya untuk mempromosikan rawatan itu.

Dia mengalami serangan jantung setelah menerima anestesia dan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Pekerja SkinPiel cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada Mena, namun, tidak berjaya menyelamatkannya.

Disebabkan kejadian itu, pihak polis menjalankan siasatan berhubung kematian wanita itu.

Laporan awal mendapati punca kematian Mena disebabkan kecuaian ahli anestesi yang didakwa tidak terlatih untuk menguruskan ubat anestetik.

Kematian Mena kemungkinan disebabkan oleh kombinasi anestesia dan steroid yang diambilnya.

Klinik itu juga didakwa tidak mempunyai lesen sebagai pengamal perubatan.

Menurut MiraDry, rawatan itu digunakan lebih 140,000 rawatan secara global dan diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat.

Rawatan tersebut menggunakan tenaga haba untuk menghilangkan kelenjar peluh yang mengurangkan peluh sebanyak 82 peratus serta bau badan sebanyak 89 peratus.

Sebilangan pesakit turut mengalami pengurangan pertumbuhan bulu ketiak selepas menjalani rawatan itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya