JOHANNESBURG: Afrika Selatan mula mengerahkan lebih 20,000 tentera bagi membantu pihak polis mengatasi masalah rusuhan yang berlarutan selama seminggu di negara itu.
Jumlah kematian akibat rusuhan turut meningkat kepada 117 orang susulan bekas Presiden, Jacob Zuma dipenjarakan.
Ini merupakan kali petama bilangan tentera dikerahkan paling ramai sejak pemerintahan golongan kulit putih berakhir pada 1994, dengan 10,000 tentera diletakkan di sepanjang kawasan jalan.
Tentera Pertahanan Kebangsaan Afrika Selatan turut mengerahkan seramai 12,000 tentera simpanannya.
Sebuah konvoi membawa lebih berpuluh-puluh kenderaan pengangkut berperisai pihak tentera ke wilayah Gauteng yang merupakan penempatan paling ramai penduduk di negara itu.
Kawasan itu turut merangkumi bandar terbesar, Johannesburg dan ibu kota Pretoria.
Bas, trak, kapal terbang dan helikopter turut digunakan bagi memindahkan penempatan pasukan tentera ke wilayah bergolak termasuk di KwaZulu-Natal yang menyaksikan keganasan berpanjangan selama seminggu terutamanya di daerah yang miskin.
Pemangku menteri, Khumbudzo Ntshavheni dalam sidang akhbar memaklumkan lebih 2,200 orang ditangkap dan menjelaskan keadaan di Johannesburg kembali terkawal. -AL-JAZEERA