86 mangsa kondominium 'berkubur' di bawah runtuhan - Utusan Malaysia

86 mangsa kondominium ‘berkubur’ di bawah runtuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURFSIDE: Sekurang-kurangnya 54 mayat sudah ditemukan dan 86 lagi ‘berkubur di bawah runtuhan’ selepas pasukan kecemasan menamatkan operasi mencari serta menyelamat (SAR) mangsa runtuhan kondominium Champlain Towers South.

Selepas ini, pasukan kecemasan akan melakukan kerja-kerja mencari serta mengeluarkan mayat mangsa.

Penolong Ketua Jabatan Bomba Miami-Dade, Raide Jadallah mengesahkan perkara tersebut.

“Kami akan menamatkan operasi SAR selepas hampir dua minggu runtuhan berlaku. Kami tidak akan mencari atau menyelamat mangsa, sebaliknya kami akan melakukan kerja-kerja mengeluarkan mayat.

“Kami juga mendapati peluang untuk menemukan mangsa masih hidup adalah sangat tipis dan sehingga hari ini, peluang itu sudah berakhir,” katanya.

Semalam, sebanyak lapan lagi mayat mangsa ditemukan, menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 54 orang dengan 33 daripadanya sudah dikenal pasti.

Pengumuman Jadallah itu disambut tangisan keluarga mangsa yang masih berharap insan tersayang mereka dapat ditemukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya