80 kebakaran hutan di 13 negeri AS - Utusan Malaysia

80 kebakaran hutan di 13 negeri AS

KEBAKARAN hutan Bootleg Fire berhampiran Klamath Falls, Oregon. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Cuaca panas melampau dan kering yang melanda sebahagian besar barat Amerika Syarikat (AS) dan Kanada mencetuskan semula kebakaran hutan di Oregon.  

Keadaan itu mendorong pihak berkuasa mengarahkan operasi pemindahan penduduk yang baharu. 

Kebakaran hutan dikenali Bootleg Fire merebak semalaman antara 110,883 hektar kepada 117,358 hektar iaitu tiga kali ganda saiz Detroit.

Kira-kira 2,000 orang terpaksa dipindahkan dan jumlah itu meningkat dalam tempeh terdekat.

Bootleg Fire merupakan antara 80 kebakaran hutan yang dilaporkan di 13 negeri seluruh AS.

Imej satelit dari perkhidmatan Cuaca Nasional menunjukkan kepulan asap besar tercetus dari Bootleg di selatan Oregon sehingga sempadan Kanada. 

Namun, kawalan kebakaran secara keseluruhannya meningkat lebih tiga kali ganda hingga 22 peratus selepas pasukan bomba berjaya memadamkan bahagian barat Bootleg.  

Cuaca buruk seperti angin kencang dan ribut petir secara meluas masih menjadi ancaman serius ketika operasi memadamkan kebakaran itu.  

Sementara itu, pasukan bomba memaklumkan petir menjadi punca kebakaran merebak di kawasan pelancongan Lake Tahoe di California.

Kebakaran dikenali Tamarack Fire, ditambah dengan angin kencang, dilaporkan merebak sehingga 8,093 hektar. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya