72 orang maut dalam rusuhan Afrika Selatan - Utusan Malaysia

72 orang maut dalam rusuhan Afrika Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG: Angka korban akibat rusuhan di Afrika Selatan meningkat kepada 72 orang termasuk 10 mangsa yang terbunuh semasa serangan di sebuah pusat beli belah di Soweto.

Ketegangan semakin memuncak selepas bekas presiden negara itu, Jacob Zuma diperintahkan menjalani hukuman penjara.

BBC turut berjaya merakamkan adegan seorang bayi dicampak dari bangunan di Durban yang terbakar selepas aras bawah kedai itu diserang.

Pihak tentera dikerah bagi membantu anggota polis meleraikan rusuhan yang bermula sejak minggu lalu.

Polis Afrika Selatan menerusi kenyataan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti seramai 12 suspek yang mencetuskan provokasi menjadikan jumlah keseluruhan seramai 1,234 orang diberkas.

Presiden, Cyril Ramaphosa menyifatkan kejadian itu sebagai kekejaman paling teruk melanda di Afrika Selatan sejak 1990an, sebelum zaman apartheid berakhir apabila banyak kematian dilaporkan berlaku di wilayah Gauteng dan KwaZulu-Natal.

Katanya, penduduk merusuh dan menyerbu sejumlah premis perniagaan untuk mencuri makanan, perkakasan eletrik serta pakaian.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya