28 maut dalam nahas pesawat di Rusia - Utusan Malaysia

28 maut dalam nahas pesawat di Rusia

GAMBAR yang dikeluarkan oleh Kementerian Situasi Kecemasan Rusia menunjukkan anggota penyelamat di lokasi penemuan serpihan pesawat Antonov An-26 di pekan Palana, Wilayah Timur Jauh, Rusia. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Kesemua 28 penumpang dan anak kapal dilaporkan terbunuh selepas sebuah pesawat yang membawa mereka terhempas di Wilayah Timur Jauh, Rusia.

Lapor Daily Star, pegawai dan pasukan penyelamat mengesahkan tiada mangsa yang terselamat dalam nahas tersebut.

Menurut Kementerian Situasi Kecemasan Rusia, pasukan mencari dan menyelamat menemukan puluhan mayat penumpang pesawat Antonov An-26 yang terhempas.

Pesawat itu membawa 22 penumpang termasuk seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dan enam anak kapal.

Dilaporkan, juruterbang pesawat An-26 dikenali sebagai Dmitry Nikiforov dan pembantunya, Alexander Anisimov.

Seorang jurucakap kerajaan Kamchatka memaklumkan Ketua bandar Palana, Olga Mokhireva antara mangsa penumpang yang berada dalam pesawat tersebut.

Menurut laporan, pesawat enjin berkembar itu ditemukan di semenanjung Kamchatka di Wilayah Timur Jauh, Rusia.

Pesawat itu dalam perjalanan dari bandar Petropavlovsk-Kamchatsky ke Palana ketika terputus hubungan dengan menara kawalan sebelum waktu pendaratan.

Beberapa laporan media mendakwa pesawat An-26 terhempas di kawasan pegunungan di wilayah tersebut.

Media tempatan Rusia pula melaporkan serpihan pesawat itu ditemukan kira-kira empat kilometer (km) dari kampung Palana, lokasi pendaratan kapal terbang itu.

Sementara itu, pejabat pendakwa raya pengangkutan Kamchatka memaklumkan punca nahas itu sedang disiasat.

Laporan awal menyatakan jarak penglihatan yang terhad mungkin menjadi punca kemalangan tersebut.

Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin mengarahkan sebuah suruhanjaya khas ditubuhkan untuk menyiasat punca kejadian itu. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya