Zahid Quraishi hakim persekutuan beragama Islam pertama di AS - Utusan Malaysia

Zahid Quraishi hakim persekutuan beragama Islam pertama di AS

ZAHID QURAISHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) semalam mengundi untuk mengesahkan Zahid Quraishi dilantik sebagai Hakim Mahkamah Daerah New Jersey.

Pengesahan itu bakal menjadikan Zahid sebagai hakim persekutuan beragama Islam pertama di negara ini.

Pemimpin Majoriti Senat, Chuck Schumer mengesahkan perkara tersebut dan menyatakan pelantikan hakim di negara ini tidak hanya tertumpu kepada sesuatu agama atau bangsa.

“Kami mengamalkan kepelbagaian yang profesional dan Presiden Joe Biden juga bersetuju dengan pelantikan Zahid,” katanya kepada CNN.

Zahid sebelum ini berkhidmat sebagai hakim majistret di New Jersey dan berdasarkan biografinya, keluarga beliau berasal dari Pakistan.

Senator Dick Durbin dari parti Demokrat menyifatkan Zahid berkhidmat dengan cemerlang dan membuktikan ‘anak pendatang dari Pakistan’ juga boleh berjaya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya