WHO cadang perjanjian antarabangsa hadapi pandemik baharu - Utusan Malaysia

WHO cadang perjanjian antarabangsa hadapi pandemik baharu

AHLI keluarga memakai baju perlindungan diri (PPE) melakukan solat jenazah sebelum mengebumikan pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di New Delhi, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sudah tiba masanya untuk semua negara mengadakan rundingan mengenai perjanjian antarabangsa untuk meningkatkan tahap kesediaan menghadapi pandemik.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menghadapi ‘cabaran serius’ untuk mengekalkan respons Covid-19 pada tahap semasa, selain memerlukan pembiayaan yang lestari dan fleksibel.

Terdahulu, barisan menteri kesihatan negara anggota bersetuju mengkaji cadangan perjanjian tersebut untuk mengukuhkan kapasiti WHO dan semua negara mengharungi kemunculan virus baharu selepas ini.

Kesemua menteri kesihatan dari 194 negara anggota WHO itu dijangka mengadakan pertemuan dari 29 November untuk memutuskan sama ada perjanjian itu boleh dilaksanakan atau sebaliknya.

“Antara rancangan yang saya rasa boleh mengukuhkan keselamatan WHO dan global adalah menerusi perjanjian kesiapsiagaan menghadapi pandemik akan datang,” kata Tedros.

Jelasnya, perjanjian itu bukan sahaja membantu negara menghadapi sebarang ancaman pandemik penyakit, malah dapat mengurangkan kerugian dalam ekonomi dan sosial sesebuah negara.

Sementara itu, Pengarah Kecemasan WHO, Mike Ryan menyambut baik cadangan perjanjian tersebut dan menegaskan semua negara perlu mengambil pengajaran daripada pandemik Covid-19 yang berlaku ketika ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya