LONDON: Pemandangan dari luar sebuah rumah dua tingkat seperti tiada apa yang menarik, namun, anda pasti terkejut apabila melihat ruangan di dalam rumah itu.
Rumah yang dibina tujuh dekad lalu kelihatan seperti rumah biasa di tepi jalan.
Pemilik rumah berusia 96 tahun itu nekad menjual rumahnya kerana tidak larat untuk menjaganya lagi.
Sejak berpuluh-puluh tahun mendiami rumah itu, warga emas tersebut sentiasa memastikan rumahnya berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.
Situasi itu menyebabkan ejen hartanah terkejut apabila melihat perabot serta dekorasi di dalam rumah itu yang kelihatan klasik dan bercitarasa mewah.
Kesemua ruang di dalam rumah itu seperti dapur, ruang tamu, bilik tidur dan tandas masih berada dalam keadaan baik.
Sebagai contoh, bilik tidur utama dihiasi dengan permaidani berwarna ungu diraja dan perabot berwarna krim.
Ia kelihatan sangat klasik dan masih membawa tema kemewahan sepanjang masa.
Ruang tidur itu adalah tempat paling selesa untuk berehat yang mempunyai ketengangan dengan hiasan wanita serta sangat sesuai bagi warga emas itu. -AGENSI