PEKAN BARU: Seorang wanita yang sedang mengandung tujuh bulan ditemukan mati ditanam di halaman rumah di Kampung Karya Indah, Kampar, Riau.
Kompas.com melaporkan, mayat wanita bernama Siti Amidah, 25, disahkan sebagai mangsa kes pembunuhan.
Ketua Polis Tapung, Sumarno berkata, pihaknya masih menjalakan siasatan mengenai kes itu.
“Setakat ini, kami sudah memanggil beberapa saksi, penggali lubang dan waris keluarga mangsa.
“Kes mula terbongkar selepas penduduk terhidu bau busuk sekitar rumah mangsa. Mereka berasa curiga dengan lubang kumbahan yang sudah ditutup di rumah mangsa,” katanya.
Menurut Sumarno, lubang tangki itu kemudian digali dan mayat mangsa ditemukan.
Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Bhayangkara untuk dibedah siasat.
“Pihak keluarga memaklumkan mereka tidak mengetahui ke mana mangsa pergi sejak dia hilang 21 Mei lalu,” jelasnya.