Wanita jadi jutawan sekelip mata - Utusan Malaysia

Wanita jadi jutawan sekelip mata

JULIA YONOWSKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Seorang wanita dari Florida terkejut selepas mendapati akaun banknya mempunyai baki simpanan berjumlah AS$999,985,855.94 (RM4,164,517,002.19) sekali gus menjadikannya jutawan dalam
sekelip mata.

Lapor Metro, Julia Yonowski hanya menyedari perkara itu ketika mahu mengeluarkan wang sebanyak AS$20 (RM83) dan memeriksa baki akaun simpanannya di mesin juruwang automatik (ATM), Sabtu lalu.

Katanya, dia tidak menyangka sejumlah wang tersebut berada di dalam akaun simpanannya.

Yonowski yang berasal dari Largo kini menjadi individu ke-615 paling kaya di Amerika Syarikat (AS) sejak kejadian itu.

Menurut Yonowski, pihak bank mungkin melakukan kesilapan dengan memindahkan sejumlah wang tersebut ke akaun simpanannya.

Katanya, dia sudah menghubungi bank Chase beberapa kali untuk memaklumkan perkara itu namun setakat ini tiada pekerja membalas panggilannya.

“Saya terkejut selepas melihat sejumlah wang yang begitu banyak dalam akaun simpanan saya.

“Saya pernah dengar cerita orang mengambil dan membelanjakan wang itu kemudian terpaksa membayar balik. Saya tidak akan melakukan demikian kerana ini bukan wang saya,” katanya kepada WFLA. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya