Wanita bangga dapat teman lelaki lebih rendah - Utusan Malaysia

Wanita bangga dapat teman lelaki lebih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita berbangga kerana mempunyai kekasih hati yang menerima dirinya walaupun dia lebih tinggi 10 sentimeter (cm) daripada lelaki itu.

Lapor Mirror, Lizzy Groombridge, 27, malah sering mendapat galakan daripada teman lelakinya, Nick Coles untuk memakai kasut tumit tinggi.

Lizzy mempunyai ketinggian 190 cm kini menjadi selebriti TikTok dengan mempunyai seramai 127,000 pengikut.

“Semasa zaman sekolah, orang suka memanggil saya ‘beanpole’ (tinggi) atau ‘lanky’ (kurus tinggi) yang menyebabkan saya berasa malu.

“Saya cuba mengelakkan memakai kasut tumit tinggi kerana ramai kawan saya hanya mempunyai ketinggian dalam 150 cm dan teman lelaki saya pun hanya tinggi itu. Mula-mula memang saya berasa sedikit tidak selesa, tetapi lama kelamaan saya sudah biasa,” katanya.

Lizzy malah pernah berhadapan kesukaran ketika zaman remajanya untuk mencari pakaian yang sesuai.

Katanya, banyak tempat tidak menjual pakaian yang mempunyai saiz mengikut ketinggiannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya