HANOI: Vietnam kini dalam perancangan untuk membeli teknologi penghasilan vaksin Covid-19 supaya dapat memnuhi bekalan vaksin dalam program COVAX.
Perkara itu disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Vietnam hari ini.
“Vietnam bercadang untuk membangunkan loji vaksin dan menggunakan semua teknologi bersesuaian agar bekalan vaksin Covid-19 dapat dihasilkan dan digunakan untuk program COVAX.
“Vaksin yang sudah siap bukan sahaja boleh digunakan di negara sendiri, malah dieksport ke negara lain terutamanya yang berpendapatan rendah,” jelas kenyataan kementerian tersebut.
Dalam pada itu, Vietnam juga masih bergelut mendapatkan bekalan vaksin Covid-19 kerana perlu bersaing dengan negara lain.
Setakat ini, negara yang mempunyai 98 juta penduduk itu hanya menerima 2.9 juta dos vaksin termasuk 2.6 juta yang disumbangkan oleh COVAX. – REUTERS