Venezuela terima vaksin Abdala dari Cuba - Utusan Malaysia

Venezuela terima vaksin Abdala dari Cuba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Venezuela menerima penghantaran pertama dos vaksin Abdala dari Cuba menerusi kontrak perjanjian pembelian sebanyak 12 juta dos vaksin.

Naib Presiden negara itu, Dely Rodriguez berkata, pembelian itu merupakan simbolik kerjasama antarabangsa, semangat persaudaraan dan kekitaan yang perlu diterjemahkan supaya menjadi contoh kepada negara lain.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan jumlah dos vaksin yang diterima menerusi perjanjian itu.

Rodriguez sebelum ini membantah negara-negara kaya kerana mensabotaj perkongsian vaksin COVAX.

Cuba memaklumkan tiga suntikan dos vaksin Abdala membuktikan 92.28 peratus keberkesanan semasa ujian klinikal peringkat akhir.

Sejak Februari, Venezuela menerima sebanyak 3.5 juta dos vaksin dari Rusia dan China bagi menampung populasi 28 juta penduduknya.

Golongan doktor dan penerima vaksin mengkritik pihak kerajaan berhubung program vaksinasi yang lemah dan lambat di negara itu. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya