Varian Nepal mula mengganas - Utusan Malaysia

Varian Nepal mula mengganas

SEORANG pesakit Covid-19 yang bernafas dengan bantuan silinder oksigen tiba di sebuah hospital di Kathmandu, Nepal untuk mendapatkan rawatan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Beberapa menteri di United Kingdom (UK) menyuarakan kebimbangan mengenai kemunculan varian baharu yang didakwa berasal dari Nepal, ketika saintis berusaha menyiasat mengenai kewujudannya.

Setakat ini, lebih 40 kes varian baharu dikesan di UK.

Agensi Kesihatan Awam England (PHE) sedang menjalankan siasatan berhubung mutasi spike baharu yang dikenali sebagai K417N daripada varian Delta atau varian India sedia ada.

Menurut Setiausaha Komuniti, Robert Jenrick, ciri varian itu masih belum dapat dipastikan lagi sama ada dari segi penularan mutasi atau keberkesanan vaksin sedia ada terhadap K417N.

Kerajaan Nepal menafikan dakwaan kononnya varian baharu itu berasal dari negaranya.

Jurucakap Kementerian Kesihatan dan Populasi Nepal, Dr. Sameer Kumar Adhikari menegaskan tiada varian baharu dikesan di negaranya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula memaklumkan varian yang didakwa berasal dari Nepal itu tidak termasuk dalam senarai tiga varian menular di negara itu.

MUTASI BAHARU

Dikenali sebagai K417N yang dipercayai berasal dari Nepal.

Mutasi ini juga dijumpai pada strain koronavirus yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan yang turut dikenali sebagai varian Beta.

Varian Delta mendorong peningkatan jangkitan di beberapa negara termasuk Nepal dan UK.

PENEMUAN K417N

Berdasarkan pangkalan data Gisaid, kira-kira 100 kes varian Delta dengan mutasi K417N dikesan di seluruh dunia.

Daripada jumlah itu, sebanyak 20 kes dikenal pasti di UK.

Bagaimanapun, data baharu PHE menunjukkan sebanyak 43 kes telah dikesan.

Menurut Institut Wellcome Sanger, satu sampel dikesan di Nepal meskipun negara itu melakukan penjujukan genomik yang sangat rendah.

Jelas institut itu, sebanyak 14 kes dikesan di Jepun dan 13 daripadanya membabitkan sampel
pelancong dari Nepal di pusat kuarantin lapangan terbang.

Portugal dan Amerika Syarikat (AS) masing-masing mengesan 12 sampel manakala India mengenal pasti empat sampel.

KEBERKESANAN VAKSIN

Beberapa pakar percaya mutasi ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadikan vaksin kurang berkesan meskipun ia masih terlalu awal membuat kesimpulan demikian tanpa siasatan lebih lanjut.

Ketika varian dari India dilaporkan lebih mudah merebak, saintis mengkaji mutasi K417N dengan lebih teliti.

Seorang ahli epidemiologi di PHE, Meaghan Kall berkata, sebanyak 73 peratus kes varian India melibatkan penduduk yang belum menerima vaksin.

Katanya, hanya 3.7 peratus kes varian India terdiri dalam kalangan penduduk yang sudah menerima suntikan dos vaksin lengkap. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya