United Airlines rancang beli 15 pesawat supersonik baharu - Utusan Malaysia

United Airlines rancang beli 15 pesawat supersonik baharu

MODEL digital pesawat Overture baharu di United Airlines. - UNITED/BOOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: United Airlines mengumumkan rancangannya untuk membeli 15 buah pesawat supersonik yang baharu.

Syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) itu berharap dapat memperkenalkan semula penerbangan supersonik menjelang tahun 2029.

Operasi penerbangan supersonik ditamatkan pada tahun 2003 apabila British Airways dan Air France berhenti menempah pesawat Concorde.

Lapor BBC, pesawat Overture baharu akan dibangunkan oleh syarikat dikenali Boom yang berpangkalan di Denver.

Bagaimanapun, perjanjian United Airlines itu bergantung pada pesawat baharu yang memenuhi standard keselamatan.

Dilaporkan, Overture mampu mencecah kelajuan hingga Mach 1.7 atau persamaan 1,805 kilometer per jam (km/j) berbanding pesawat penumpang biasa yang terbang kira-kira 900 km/j.

Pada kelajuan itu, menurut syarikat Boom, perjalanan dari London ke New York menggunakan pesawat Overture boleh mengambil masa hanya tiga setengah jam berbanding lapan jam sekiranya menggunakan pesawat penumpang biasa.

Menurut Boom, pihaknya percaya pesawat supersonik dihasilkan syarikat tidak akan mengeluarkan bunyi lebih kuat berbanding pesawat penumpang moden lain semasa berlepas, ketika dalam penerbangan dan mendarat.

“Bagi memastikan pesawat itu terbang laju, ia memerlukan banyak tenaga dan untuk itu lebih banyak bahan api diperlukan,” kata ketua pegawai komersial Boom, Kathy Savitt kepada BBC.

Savitt juga berharap agar Overture akan dikendalikan sebagai pesawat bebas karbon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya