LONDON: Perbuatan kejam seorang lelaki yang sering ‘mengukir’ huruf pangkal namanya pada bahagian punggung wanita selepas melakukan hubungan intim akhirnya mendapat balasan.
Lapor Metro, Alex Harper, 24, dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dan empat bulan berhubung kesalahan jenayah menggunakan pisau pengasah pensil semasa melakukan perkara tersebut.
Mangsa yang terlibat berusia 16 dan 19 tahun.
Salah seorang mangsa memberitahu, dia menderita akibat sering teringat insiden itu dan ketakutan pada waktu malam.
Mangsa lain pula menceritakan bagaimana boleh terpesona dengan perwatakan lelaki itu ketika melihat secara dalam talian.
Hakim David Evans berkata, kejadian itu merupakan pengajaran yang sangat serius mengenai bahaya bercinta dalam talian.
Katanya, Harper adalah individu bijak, ego dan bertindak licik yang menjurus ke arah perbuatan ganas dan kejam.