TikTok buang akaun agensi berita Palestin - Utusan Malaysia

TikTok buang akaun agensi berita Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Aplikasi TikTok membuang akaun Agensi Berita di Palestin, Quds News Network (QNN) buat kali ketiga berturut-turut.

QNN mengutuk tindakan tersebut kerana dibuat tanpa sebarang notis awal sedangkan akaun itu hanya membekalkan kandungan mengenai penduduk palestin serta mendedahkan kekejaman Zionis Israel.

QNN merupakan agensi berita pertama membuat akaun dalam Tiktok.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz melakukan perjumpaan bersama Pengerusi TikTok dan meminta pihaknya membuang kandungan anti-Israel.

“Ini adalah tindakan untuk menghalang sebarang keganasan yang sengaja disalurkan menerusi media sosial oleh kumpulan ekstremis yang bertujuan merosakkan ‘negara’ kita.

“Kita berada dalam situasi kecemasan sosial dan kita perlukan bantuan anda,” kata Gantz.

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya