Tikam anak 15 kali kerana takut dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

Tikam anak 15 kali kerana takut dijangkiti Covid-19

SAYAGI mempunyai kesan tikaman pada perut, dada dan leher. - PA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang ibu tergamak menikam anak perempuannya sebanyak 15 kali dengan pisau hanya kerana takut anaknya ‘tinggal berseorangan’ jika dia mati akibat Covid-19.

Sutha Sivanantham, 36, menikam mati anak perempuannya, Sayagi, 5, di dalam bilik tidur di rumah mereka di selatan London sebelum dia mencederakan diri sendiri pada 30 Mei tahun lalu.

Menurut suami Sivanantham, isterinya terlalu risau jika dia dijangkiti Covid-19 dan perintah berkurung yang dilaksanakan ‘memburukkan situasi’.

Ketika dihadapkan di mahkamah semalam, Sivanantham menafikan pembunuhan itu, namun mengakui melakukan ‘pembunuhan atas rasa tanggungjawab’.

Sivanantham yang tinggal di United Kingdom (UK) sejak 2006 sering mengadu ‘rasa sakit misteri’ selama hampir setahun sebelum dia membunuh anaknya.

Pendakwa raya memaklumkan, wanita itu mempunyai kebimbangan melampau bahawa ‘dia sakit teruk dan akan mati’.

Pembunuhan yang dilakukan Sivanantham terbongkar selepas dia ditemukan berlumuran darah oleh jirannya.

Polis dikerah ke lokasi kejadian dan menemukan mayat sayagi atas katil. Kanak-kanak malang itu ditikam pada bahagian leher, dada dan perut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya