Tiga angkasawan China berlepas ke stesen Tiangong - Utusan Malaysia

Tiga angkasawan China berlepas ke stesen Tiangong

TIGA angkasawan yang berlepas ke stesen Tiangong, Nie Haisheng (tengah), Liu Boming (kanan) dan tang Hongbo (kiri). - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JIUQUAN: Tiga angkasawan China berlepas buat kali pertama ke angkasa lepas bagi menjalan misi di stesen Tiangong selama tiga bulan, hari ini.

Kesemua angkasawan itu berlepas ke Tiangong menggunakan roket Long March-2F pada pukul 9.22 pagi waktu tempatan dari tapak pelancaran Jiuquan di gurun Gobi.

Sebelum berlepas, tiga angkasawan itu melambai ke arah orang ramai, termasuk keluarga dan petugas tapak pelancaran terbabit.

Pelepasan itu disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan dan merupakan yang pertama kali dalam tempoh lima tahun.

Ketua Komander Program Angkasa Lepas China, Li Shangfu turut mengucapkan selamat kepada ketiga-tiga angkasawan tersebut.

Kapal angkasa Shenzhou-12 yang dinaiki mereka akan berlabuh di seksyen utama stesen tersebut iaitu Tianhe yang ‘dipasang’ di orbit pada 29 April lalu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya