Tidak perlu pakai pelitup muka selepas 19 Julai di UK - Utusan Malaysia

Tidak perlu pakai pelitup muka selepas 19 Julai di UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penduduk United Kingdom (UK) tidak perlu lagi memakai pelitup muka selepas sekatan Covid-19 dilonggarkan sepenuhnya pada 19 Julai ini.

Setiausaha Kementerian Alam Sekitar, George Eustice berkata, beliau sendiri akan menanggalkan pelitup mukanya pada hari tersebut kerana beliau sudah tidak sabar untuk menjalani ‘kehidupan normal semula’.

“Penduduk bebas untuk memilih sama ada ingin pakai pelitup muka atau tidak bermula 19 Julai ini, namun ia bukan lagi jadi kewajipan.

“Saya sendiri tidak mahu lagi pakai pelitup muka sekiranya keadaan sudah selamat. Saya mahukan kehidupan normal yang sudah lama ‘kita tinggalkan’,” katanya kepada Metro.

Penduduk UK sepatutnya menikmati ‘Hari Kebebasan’ pada 21 Jun ini, namun sekatan Covid-19 dilanjutkan sehingga 19 Julai bagi membolehkan lebih ramai orang menerima suntikan dos kedua vaksin koronavirus.

Barisan menteri kerajaan UK juga yakin bahawa sekatan Covid-19 tidak akan dilanjutkan lagi selepas 19 Julai ini.

Namun, wakil khas Britain untuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. David Nabarro berpendapat, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial masih diperlukan untuk tempoh tertentu, terutamanya di kawasan yang kadar jangkitan adalah tinggi.

Katanya, langkah pencegahan perlu dilakukan berterusan atau dunia sekali lagi lumpuh akibat Covid-19.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya