Terkejut pasport UK tulis tempat kelahiran 'Wilayah Palestin yang Dijajah' - Utusan Malaysia

Terkejut pasport UK tulis tempat kelahiran ‘Wilayah Palestin yang Dijajah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Seorang wanita Israel yang memiliki kerakyatan Britain terkejut apabila tempat kelahiran dalam pasport baharu United Kingdom (UK) yang dimohonnya adalah ‘Wilayah Palestin yang Dijajah’.

Ayelet Balaban dilahirkan di Pusat Perubatan Hadassah di Jerusalem (Baitulmuqaddis) yang dijajah dan ayahnya berasal dari Britain.

Dia membuat permohonan bagi pasport baharunya secara dalam talian dan menghantar pasport lama ke UK, 23 Mei lalu.

Balaban kemudian menerima pasport baharu Isnin lalu dengan keterangan tempat lahir baharu.

“Saya terkejut apabila melihat tempat kelahiran ditukar dari Jerusalem ke ‘Wilayah Palestin yang Dijajah’ (Occupied Palestinian Territories),” katanya.

Wanita itu berkata, abangnya yang memperbaharui pasport UK dua tahun lalu, masih kekal ditulis tempat kelahiran dengan Jerusalem.

Dia mempercayai perkara itu adalah polisi baharu yang ditetapkan kerajaan UK.

Lantaran itu, dia menghantar emel kepada Keduataan Israel di UK, Tzipi Hotovely bagi menuntut penjelasan mengenai perkara itu, namun belum menerima sebarang maklum balas.

Wilayah Palestin di Semenanjung Gaza, Tebing Barat, timur Baitulmuqaddis diduduki secara haram oleh Israel sejak 1967. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya