Tentera Myanmar akan bebaskan 2,000 tahanan - Utusan Malaysia

Tentera Myanmar akan bebaskan 2,000 tahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Pihak berkuasa Myanmar merancang untuk membebaskan kira-kira 2,000 tahanan dari penjara di seluruh negara, lapor beberapa media tempatan.

Lapor Al Jazeera, stesen televisyen tempatan melaporkan pihak berkuasa akan mengugurkan tuduhan terhadap pelakon dan selebriti lain yang menyertai tunjuk perasaan anti rampasan.

Menurut Reuters, Ketua Penjara Insein, Zaw Zaw berkata, sekurang-kurangnya 700 tahanan akan dibebaskan dari penjara itu yang terletak di Yangon.

Zaw Zaw bagaimanapun enggan memaklumkan identiti tahanan yang akan dibebaskan dari penjara tersebut.

Terdapat khabar angin tahanan akan dibebaskan bermula Sabtu ini ketika beberapa ahli keluarga mereka berkumpul di luar penjara.

Dilaporkan, ratusan orang menunggu di luar penjara pada pagi tadi dengan harapan beberapa tahanan akan dibebaskan.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas tentera Myanmar menggugurkan tuduhan terhadap 24 selebriti yang dikehendaki atas kesalahan menghasut dalam penyertaan protes besar-besaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya