PEKAN BARU: Seorang remaja berasa kecewa apabila teman lelakinya hanya membelikan telefon bimbit jenama Vivo, sedangkan dia menginginkan telefon bimbit iPhone.
Tribunnews melaporkan, akibat ketidakpuasan hati, remaja itu terus memarahi teman lelakinya sehingga berlaku pertengkaran antara mereka di kawasan orang ramai.
Kisah itu menjadi tular dalam media sosial serta dibanjiri komen oleh warga maya.
Menerusi video itu, perempuan bertudung coklat itu dilihat menolak kekasihnya sambil memarahinya di kedai telefon.
Rata-rata komen memberi peringatan kepada remaja itu supaya tidak bergaduh di tempat awam kerana hanya memalukan diri sendiri.
Komen lain pula mengingatkan perempuan itu supaya bersyukur kerana masih dibelikan telefon bimbit oleh kekasihnya.