Tak puas hati potongan rambut, warga emas buat laporan polis - Utusan Malaysia

Tak puas hati potongan rambut, warga emas buat laporan polis

WEN FA menunjukkan rambutnya yang didakwa digunting tidak kemas ketika membuat laporan polis di bandung, Udon Thani, Thailand. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang warga emas berusia 78 tahun membuat laporan polis dan meminta ganti rugi sebanyak 80 baht (RM11) selepas rambutnya dipotong tidak sekata. 

Wen Fa membuat laporan di Balai Polis Bandung di Udon Thani akibat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh tukang gunting rambut. 

Lelaki itu menuntut ganti rugi 60 baht (RM8) bagi perkhidmatan gunting rambut dan 20 baht (RM3) bagi minuman bertenaga yang dibeli di kedai itu. 

Pelanggan itu mendakwa, tukang gunting itu enggan memulangkan semula wang yang diberikan. 

Timbalan ketua sarjan balai polis itu, Thaworn Saengchanda berkata, pihaknya tidak akan mengambil sebarang laporan kerana lelaki itu dilihat tampil kemas dengan gaya rambut baharu. 

Pihaknya malah membayar ganti rugi 60 baht kepada warga emas itu tanpa melibatkan tukang gunting rambut berkenaan. – AGENSI  

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya