Sydney lanjutkan peraturan pemakaian pelitup muka - Utusan Malaysia

Sydney lanjutkan peraturan pemakaian pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Negeri paling padat dengan penduduk di Australia, New South Wales melaporkan peningkatan kes baharu Covid-19 sejak seminggu lalu.

Situasi itu mendorong pihak berkuasa melanjutkan peraturan pemakaian pelitup muka di Sydney untuk tempoh seminggu lagi.

Lapor Indian Express, sebanyak 10 kes baharu penularan tempatan dilaporkan di New South Wales hari ini.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak lapan kes membabitkan kontak serumah yang sebelum ini menjalani kuarantin.

“Kami bimbang mengenai peningkatan jumlah kes ini namun, memandangkan virus ini mudah menular, kami menjangkakan kontak serumah yang sedang menjalani kuarantin mungkin dijangkiti Covid-19,” kata Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian.

Pemakaian pelitup muka akan dilanjutkan di Sydney selama seminggu lagi bermula Khamis ini.

Pihak berkuasa berhenti mengumumkan pelonggaran beberapa sekatan selepas kluster itu meningkat kepada 21 kes jangkitan dalam tempoh enam hari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya