Spotify sanggup bayar Harry, Meghan RM103 juta - Utusan Malaysia

Spotify sanggup bayar Harry, Meghan RM103 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle hanya perlu menyiarkan kandungan audio digital podcast selama 35 minit di Spotify antara sebahagian daripada perjanjian bernilai 18 juta pound (RM103 juta).

Daily Mail melaporkan, syarikat penstriman muzik itu menjangka akan memperoleh keuntungan dan membuat perancangan penuh untuk pasangan itu tahun ini.

Pasangan Duke dan Duchess of Sussex itu kali terakhir bersiaran di podcast Archewell Audio Spotify semasa cuti Krismas tahun lalu sebelum berehat dan memberikan tumpuan terhadap kelahiran cahaya mata mereka yang kedua.

The Sun melaporkan, pasangan diraja itu akan dibayar 18 juta pound sepenuhnya selepas tugasan mereka selesai.

Menerusi kenyataan bersama selepas menandatangani perjanjian dengan Spotify tahun lalu, pasangan itu berkata, paltform muzik Spotify menghubungkan seseorang tanpa sebarang gangguan.

“Apa yang kami suka mengenai podcast adalah mengingatkan kita tentang kenangan dan mendengar sepenuhnya.

“Dengan cabaran yang melanda tahun lalu, tiada masa yang lebih penting untuk kita mendengar dan berkongsi cerita antara satu sama lain,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya