Sistem kesihatan Indonesia bakal lumpuh - Utusan Malaysia

Sistem kesihatan Indonesia bakal lumpuh

PETUGAS kesihatan mengusung keranda mayat lelaki yang mati akibat Covid-19 di Bandung. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penularan wabak Covid-19 di Indonesia semakin membimbangkan apabila jumlah kes keseluruhan mencatatkan 2.07 juta kes dan kapasiti hopsital mencecah 75 peratus di Jakarta serta bandar lain.

Negara yang mempunyai 270 juta penduduk itu malah berdepan dengan penularan varian baharu yang lebih mudah berjangkit iaitu varian Delta yang berasal dari India.

Detik News melaporkan, hospital terpaksa menyediakan khemah kecemasan akibat lonjakan kes tersebut.

Di Medan, petugas khas Covid-19, Dr. Inke Nadia D Lubis berkata, sebanyak 1,800 kanak-kanak sudah dijangkiti virus Covid-19 termasuk 14 sudah meninggal dunia sejak enam bulan lalu.

Katanya, kebanyakan kes itu melibatkan murid sekolah rendah dan selebihnya pelajar sekolah menengah.

RATUSAN DOKTOR MAUT

Kelmarin, Presiden Joko Widodo berkata, negara itu berdepan situasi luar jangka dan pihak kerajaan akan mengumumkan beberapa polisi penting.

Persatuan Perubatan mengesahkan hampir 1,000 petugas kesihatan menjadi mangsa wabak itu sejak pandemik bermula dengan 401 daripadanya adalah golongan doktor.

Bulan ini, lebih 300 doktor dan petugas kesihatan yang sudah menerima suntikan vaksin di Jawa Tengah disahkan dijangkiti Covid-19 dengan berpuluh-puluh daripadanya terpaksa dimasukkan ke hospital.

Peningkatan kes positif dalam kalangan petugas kesihatan yang sudah menerima vaksin, menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan suntikan vaksin Sinovac keluaran China.

Indonesia bergantung sepenuhnya terhadap vaksin tersebut untuk 180 juta rakyatnya tahun depan.

JAWA BARAT BERISIKO

Jurucakap Persatuan Perubatan, Eka Mulyana berkata, varian baharu berkemungkinan besar merebak di Jawa Barat.

“Di Jawa Barat, jumlah katil sudah melebihi 90 peratus dan beberapa hospital sudah mencapai tahap 100 peratus.

“Dengan kadar ini menunjukkan sistem kesihatan kita bakal lumpuh,” jelasnya.

Berpuluh-puluh penduduk di wilayah Kudus di Jawa Barat dikenakan perintah berkurung selepas varian Delta dikesan dalam sampel ujian kes tempatan yang menyebabkan lonjakan virus tersebut.

Lonjakan kes itu berpunca daripada jutaan penduduk dari wilayah itu yang melakukan perjalanan di seluruh negara semasa penghujung bulan Ramadan lalu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya