Singa dibela secara haram, dirampas - Utusan Malaysia

Singa dibela secara haram, dirampas

PIHAK berkuasa Kemboja merampas seekor singa yang dipelihara secara haram. - KERAJAAN KEMBOJA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Pihak berkuasa Kemboja berjaya merampas seekor singa yang dilaporkan dibela secara haram sebagai haiwan peliharaan di negara ini.

Tindakan itu selepas beberapa video memaparkan seorang individu sedang memeluk dan memandikan haiwan liar tersebut, menjadi tular di laman media sosial.

Lapor BBC, pihak berkuasa Kemboja berkata, singa itu diimport oleh seorang warga China dan memeliharanya di sebuah vila di Phnom Penh.

Pihak berkuasa melancarkan siasatan pada April lalu selepas menemukan rakaman video berkaitan singa seberat 70 kilogram (kg) itu di laman TikTok.

Haiwan eksotik berusia 18 bulan itu kemudian dihantar ke pusat perlindungan hidupan liar.

Setakat ini, pihak berkuasa belum memaklumkan sama ada pemilik singa itu akan dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Jurucakap Kementerian Alam Sekitar, Neth Pheaktra memberitahu AFP beberapa gambar yang dikongsi di TikTok menunjukkan singa itu sedang duduk di laluan masuk kediaman dan disembur dengan hos.

“Penduduk tidak mempunyai hak untuk membela hidupan liar sebagai haiwan peliharaan,” katanya.

Pertubuhan bukan kerajaan, Wildlife Alliance menerusi hantaran di Facebook menyatakan kondisi dan persekitaran di rumah tidak sesuai untuk memelihara haiwan liar.

“Gigi taring dan kuku singa itu telah dicabut yang secara drastik menjejaskan kualiti kehidupan haiwan terbabit,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya