MONTREAL: Lebih separuh daripada sungai di seluruh dunia dilaporkan sudah berhenti mengalir secara berkala atau kering sepanjang tahun.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti McGill di sini, sungai kering itu boleh ditemukan di semua iklim dan benua, bermula dari Himalay sehingga ke India.
Bahkan, sungai terpanjang di dunia, iaitu Sungai Nil juga mempuyai bahagian yang sudah berhenti mengalir dari semasa ke semasa.
Para saintis mendakwa perubahan iklim menjadi punca utama kepada fenomena tersebut, selain penggunaan air secara berlebihan untuk aktiviti harian manusia dan pertanian.
Antara sungai utama yang terjejas termasuk Nil, Indus dan Sungai Colorado.
“Aliran sungai dijangka terus terjejas dalam beberapa dekad akan datang susulan perubahan iklim global dan penggunaan air secara berlebihan.
“Dianggarkan 51 hingga 60 peratus daripada jumlah sungai sepanjang 62,764 kilometer di muka bumi sudah berhenti mengalir secara berkala atau kering sepanjang tahun,” kata ketua penyelidik, Bernhard Lehner.
Sungai mengering juga dilaporkan berlaku di negara beriklim tropika dan Artik, yang menyaksikan sungai beku sepanjang tahun . – AGENSI