Sepanyol buka pintu sempadan kepada pelancong yang sudah divaksin - Utusan Malaysia

Sepanyol buka pintu sempadan kepada pelancong yang sudah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALAGA: Bermula hari ini, Sepanyol membuka pintu sempadan negara itu kepada semua pelancong dari seluruh dunia yang sudah menerima suntikan vaksin.

Menteri Kesihatan, Carolina Darias berharap, pembukaan itu akan menghidupkan semula sektor pelancongan negara itu selepas dilanda pandemik Covid-19.

“Sepanyol adalah destinasi yang selamat dan dalam proses menjadi peneraju global dalam sektor pelancongan semula,” katanya.

Bagi pelacong Eropah yang belum menerima suntikan vaksin, mereka masih dibenarkan memasuki negara itu dengan syarat ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (​RT-PCR) adalah negatif serta diambil dalam tempoh 72 jam.

Presiden Kesatuan Ejen Pelancongan Sepanyol, Jose Luis Prieto berharap sektor pelancongan akan mengalami pemulihan bermula hari ini.

Katanya, sejak beberapa minggu lalu, pengendali pelancongan dari Britain, Perancis dan Jerman yang merupakan tiga negara sasaran utama Sepanyol menerima banyak permintaan.

Lapangan Terbang Malaga dijangka menerima kehadiran 20 pesawat penerbangan dari pelbagai negara seperti Berlin, Lille, Frankfurt dan London.

Bagaimanapun, United Kingdom yang merupakan pasaran pelancongan terbesar negara itu, belum mengeluarkan Sepanyol dari senarai negara berisiko untuk dikunjungi.

Ini bermakna pelancong Britain perlu menjalani tempoh kuarantin semasa kepulangan mereka termasuk menanggung perbelanjaan ujian calitan Covid-19.

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya