MIAMI: Seorang maut dan lapan orang cedera selepas sebuah bangunan 12 tingkat runtuh di Miami-Dade County, Florida.
Lapor BBC, satu operasi mencari dan menyelamat besar-besaran sedang dijalankan.
Beberapa gambar dari Surfside, utara pantai Miami menunjukkan timbunan runtuhan tergantung di salah sebuah bahagian bangunan kediaman itu.
Beberapa media Amerika Syarikat (AS) melaporkan seorang wanita meninggal dunia dan sekurang-kurangnya lapan orang cedera dengan puluhan lain mungkin tertimbus dalam runtuhan itu.
Dilaporkan, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 pagi (waktu tempatan).
Menurut Jabatan Bomba Miami-Dade, sebanyak 80 jentera bersama anggota telah dihantar ke lokasi kejadian.
Polis juga membantu operasi mencari dan menyelamat. – AGENSI