Sekatan Covid-19 di England dilanjut hingga 19 Julai - Utusan Malaysia

Sekatan Covid-19 di England dilanjut hingga 19 Julai

TARIKH pelonggaran perintah berkurung di England ditangguhkan selama empat minggu lagi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menangguhkan tarikh pelonggaran sekatan Covid-19 atau ‘Hari Pembebasan England’ selama sebulan lagi iaitu sehingga 19 Julai depan.

Lapor Metro, impian jutaan penduduk Britain untuk kembali menjalani kehidupan normal pada 21 Jun ini tidak kesampaian apabila Johnson menegaskan lebih banyak masa diperlukan bagi menangani peningkatan kes Covid-19.

Kata perdana menteri, lonjakan kes jangkitan wabak itu didorong dengan penularan varian Delta yang semakin membimbangkan di negara tersebut.

Dilaporkan, hanya satu sekatan boleh dilonggarkan pada 21 Jun ini iaitu had tetamu 30 orang bagi majlis perkahwinan akan dimansuhkan. 

Namun, peraturan penjarakan sosial dan mewajibkan pemakaian pelitup muka akan diteruskan sehingga 19 Julai selepas pakar kesihatan memberi amaran kemungkinan berlaku gelombang ketiga penularan Covid-19 yang besar.

Selain itu, kelab malam kekal ditutup, had bilangan acara sukan masih diteruskan dan peraturan melarang berhimpun lebih enam orang dari isi rumah berbeza masih dikuatkuasa.      

Johnson memaklumkan kes jangkitan Covid-19 di Britain mengalami lonjakan kira-kira 64 peratus seminggu dan meningkat dua kali ganda setiap minggu di kawasan teruk terjejas.

Purata jumlah individu yang dimasukkan ke hospital di England meningkat sebanyak 50 peratus minggu ke minggu dan 61 peratus peningkatan di bahagian barat laut negara.

Bagaimanapun, ahli pemimpin itu yakin penangguhan pelonggaran perintah berkurung tidak akan melebihi tempoh sebulan meskipun wujudnya kebimbangan sekatan tersebut mungkin dilanjutkan sehingga Ogos depan.     

Tambah Johnson, tempoh lanjutan perintah berkurung itu akan diteliti semula pada 5 Julai depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya