LONDON: Seorang penggemar makanan segera sanggup membayar sebanyak 37,000 pound (RM215,000) bagi mendapatkan nuget yang berbentuk seperti watak dalam sebuah permainan video.
Lapor Daily Star, disebabkan bentuk nuget itu sama seperti watak little Crewmate dalam permainan video Among Us, seramai 150 orang pembida dari seluruh dunia sanggup mendapatkannya.
Nuget itu dijumpai dalam set hidangan baharu yang dilancarkan McDonald’s dengan kerjasama kumpulan terkenal K-pop, BTS.
Set itu mengandungi 10 ketul nuget, kentang goreng dan minuman berkarbonat.
Seorang pelanggan sanggup menjual makanan itu semula kerana memikirkan ia sangat berbaloi disebabkan BTS sudah menjadi fenomena dunia.
Lelaki itu berjaya mendapatkan nuget itu semasa lelongan dibuat dalam platform eBay.
eBay memaklumkan produk makanan itu mempunyai tarikh luput selama 14 hari dan akan dihantar sebelum tarikh tersebut.
“Makanan itu akan disejuk bekukan bagi memastikan kesegaran dengan kaedah penghantaran selamat,” katanya.