LONDON: Bekas Canselor Jabatan Perbendaharaan Britain, Sajid Javid bakal dilantik sebagai menteri kesihatan bagi menggantikan Matt Hancock yang meletak jawatan semalam.
Cadangan pelantikan Javid dibuat dua jam selepas Hancock mengumumkan peletakan jawatan.
Downing Street dalam kenyataan memaklumkan Ratu Britain, Ratu Elizabeth sudah memperkenankan untuk melantik Javid sebagai Menteri Kesihatan Britain yang baharu.
Xinhua melaporkan, Javid sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Britain dari 2018 hingga 2019 sebelum ditugaskan sebagai canselor perbendaharaan sehingga Februari tahun lalu.
Hancock meletak jawatan semalam selepas beliau mengakui melanggar peraturan Covid-19 apabila gambarnya bercium dengan pembantunya didedahkan, baru-baru ini.