Saintis jumpa bekas tapak kaki dinosaur 110 juta tahun - Utusan Malaysia

Saintis jumpa bekas tapak kaki dinosaur 110 juta tahun

RANGKA tulang dinosaur di Pusat Biodiversiti Naturalis yang merupakan muzium sejarah di Belanda. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebanyak enam kesan tapak kaki dinosaur berlainan spesies yang berjalan di atas tanah pada 110 juta tahun lalu, ditemukan di Kent. 

Bekas tapak kaki itu ditemukan oleh kurator dari Galeri Seni dan Muzium Hastings dan saintis University of Portsmouth. 

Penemuan itu menandakan rekod terkini dinosaur yang ditemukan di Britain. 

Tapak kaki itu ditemukan di kawasan tebing dan tepi pantai Folkestone, Kent, dengan keadaan ribut mempengaruhi kawasan itu sehingga mendedahkan penemuan fosil baharu. 

Profesor Paleobiologi, University of Portsmouth, David Martill berkata, penemuan itu adalah kali pertama di kawasan tanah yang dikenali sebagai Folkestone Formation. 

Katanya, penemuan itu dianggap luar biasa kerana dinosaur terbukti berkeliaran kali terakhir di negara ini sebelum pupus. 

“Haiwan itu berjalan-jalan berdekatan White Cliffs of Dover dan ketika anda menaiki feri di kawasan itu akan melihat tebing-tebing yang luar biasa dan boleh membayangkan dinosaur,” katanya. 

Penemuan itu diterbitkan dalam jurnal ‘Prosiding Persatuan Ahli Geologi’ minggu ini dan beberapa bekas tapak kaki dinosaur dipamerkan di Muzium Folkestone. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya