Rusia, China dedah projek stesen penyelidikan di bulan - Utusan Malaysia

Rusia, China dedah projek stesen penyelidikan di bulan

PEMBINAAN Stesen Penyelidikan Bulan Antarabangsa (ILRS) dijangka bermula pada tahun 2026. – ROSCOSMOS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Rusia dan China mendedahkan perancangan bagi projek kerjasama pembinaan sebuah stesen penyelidikan saintifik di bulan.

Projek yang dimeterai keduadua negara itu pada Mac lalu melibatkan pembinaan sebuah fasiliti penyelidikan eksperimental di permukaan dan orbit bulan yang dikenali sebagai Stesen Penyelidikan Bulan Antarabangsa (ILRS).

Lapor Daily Mail, menurut kedua-dua negara itu, pembangunan ILRS dijangka bermula pada 2026 dan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk menempatkan angkasawan di stesen tersebut.

Rusia dan China juga meminta agensi angkasa antarabangsa lain untuk terlibat sama dalam projek tersebut.

Projek itu antara lain akan membabitkan kenderaan robotik dan robot untuk membantu para angkasawan.

Agensi angkasa Rusia, Roscosmos dan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China (CNSA) mengumumkan garis masa projek kerjasama itu di satu sidang akhbar di St. Petersburg.

Kedua-dua negara itu memaklumkan bahawa pihaknya dalam perbincangan dengan Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) untuk kemungkinan kerjasama.

Thailand, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menyertai kerjasama projek bulan itu.

Fasa pertama projek itu yang bermula pada tahun ini menyaksikan kedua-dua negara menghantar kenderaan robotik untuk misi pencarian di permukaan bulan.

Pada tahun 2025 pula, negara tersebut akan memilih lokasi sesuai di permukaan bulan untuk membangunkan fasiliti tersebut.

Fasiliti itu akan membantu para saintis mengkaji kimia tipografi dan struktur dalaman bulan.

Dilaporkan, sebuah stesen angkasa juga akan dibina antara bumi dan bulan untuk menyokong aktiviti permukaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya