Rusia bagi amaran akan bom kapal Britain - Utusan Malaysia

Rusia bagi amaran akan bom kapal Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Rusia memberi amaran kepada Britain akan mengebom kapal tentera laut negara itu di Laut Hitam sekiranya terdapat tindakan provokatif pada masa akan datang.

Rusia memanggil Duta Besar Britain di Moscow, Deborah Bronnert selepas kapal pemusnah itu didakwa menceroboh perairan milik Ukraine.

Britain pula menuduh Rusia memberikan laporan tidak tepat mengenai kejadian itu kerana tiada tembakan amaran dilepaskan.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova menuduh London melakukan pembohongan.

“Kita menuntut penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa dan jika tidak berhasil, kita akan lancarkan bom,” kata Timbalan Menteri Luar, Sergei Ryabkov.

Ryabkov merujuk kejadian pesawat Rusia mengebom laluan kapal perang Britain dan menegaskan pada masa depan akan benar-benar menyasarkan bom.

Rusia menggunakan Laut Hitam untuk menguji kekuatannya dan perairan itu sering menjadi pertikaian selama berabad-abad dengan Turki, Perancis, Britain dan Amerika Syarikat. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya