Rumah tangga Jackie Chan bergolak? - Utusan Malaysia

Rumah tangga Jackie Chan bergolak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Rumah tangga pelakon, pengarah dan penerbit filem, Jackie Chan dengan isterinya, Lin Feng Chiao dikatakan ibarat retak menanti belah gara-gara tindakannya yang menimbulkan persoalan ramai.

Hubungan kedua-dua pasangan itu dikatakan bergoncang selepas Jackie memutuskan untuk menarik diri daripada perniagaan yang dimiliki isterinya, Beijing Zhongtai Longwei Real Estate Consultancy dan Yifangzi Culture Communication.

Kedua-dua perusahaan itu ditubuhkan pada 2007 dan kini menjana pendapatan lebih daripada 8 juta dolar Hong Kong  (RM4 juta)

Warga maya malah berjaya menghidu perkara itu sejak Ogos 2018, apabila Jackie tidak pernah menyebut tentang isterinya semasa melakukan siaran secara langsung dalam platform Weibo.

Pihak agensi Jackie pula menafikan perkara itu dan menjelaskan tiada masalah besar antara kedua-dua pasangan itu.

Menurut kenyataan, mereka berdua hanya mempunyai sedikit masalah peribadi melibatkan syarikat kerana Jackie dilaporkan tidak mempunyai sebarang pegangan saham.

Jackie berkahwin dengan Lin Feng pada 1982 dan mempunyai anak lelaki bernama Jaycee Chan berusia 38 tahun.

Kehidupan peribadi pelakon Police Story itu jarang diperkatakan media tempatan mahupun antarabangsa sebelum ini melainkan masalah kesihatan yang dihidapinya. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya