Roti Tesco didakwa mengandungi dadah - Utusan Malaysia

Roti Tesco didakwa mengandungi dadah

ROTI jenama Tesco yang mengandungi biji popi didakwa menjadi punca pengesanan dadah jenis opium. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ENGLAND: Seorang lelaki mendakwa dia gagal dalam ujian pengesanan dadah semasa temuduga kerja kerana makan roti yang diperbuat daripada biji popi.

Lapor Metro, bakal majikannya tidak menawarkan pekerjaan itu selepas keputusan ujian menunjukkan terdapat dadah jenis opium dalam badannya.

Namun, lelaki itu membantah dan menafikan dia mengambil dadah serta tidak menjalani sebarang rawatan perubatan yang menyebabkan keputusan positif.

Dia mendakwa dadah itu dikesan dari sandwich yang dimakannya sebelum temuduga.

Hidangan itu dibuat menggunakan roti jenama Tesco yang mempunyai biji popi yang ditaburkan di bahagian atas.

Bagaimanapun, jurnal perubatan menjelaskan adalah mustahil biji popi di roti menunjukkan kesan pengambilan dadah kerana tidak mengandungi opium.

Kakak kepada lelaki itu mengambil tindakan memuat naik kandungan ke dalam media sosial untuk memberi amaran kepada orang lain supaya mengelakkan beberapa jenis roti sekiranya akan mengambil ujian pengesanan dadah.

 

 

I

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya