Roket SLS siap dibangunkan - Utusan Malaysia

Roket SLS siap dibangunkan

BAHAGIAN teras dan dua roket penggalak SLS dikatakan lebih tinggi daripada Statue of Liberty di Amerika Syarikat. - NASA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya menyiapkan roket paling berkuasa yang pertama, Sistem Pelancaran Angkasa (SLS) yang akan membawa manusia ke bulan pada dekad ini. 

Lapor BBC, para jurutera di Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Florida selesai menurunkan bahagian teras roket setinggi 65 meter, antara dua roket penggalak yang lebih kecil.

Ia merupakan kali pertama ketiga-tiga elemen utama roket itu dicantum dalam konfigurasi pelancaran agensi angkasa lepas tersebut.

SLS terdiri daripada teras gergasi yang menempatkan tangki propelan dan empat enjin berkuasa tinggi serta dicantumkan dengan dua roket penggalak sepanjang 54 meter.

Ia memberikan sebahagian besar daya tujah yang menggerakkan SLS dari tapak pelepasan dalam tempoh dua minit pertama penerbangan. 

Bahagian teras dan roket penggalak dikatakan lebih tinggi daripada Statue of Liberty di AS.

Pasukan di Pusat Angkasa Lepas Kennedy menggunakan sebuah kren untuk mengangkat bahagian teras bagi memindahkannya dari posisi mendatar ke menegak dan kemudian meletakkannya di atas struktur dikenali sebagai pelancar mudah alih. 

Struktur itu ketika ini berada di dalam Vehicle Assembly Building (VAB).

NASA merancang untuk melancarkan SLS pada penerbangan sulung menjelang akhir tahun ini.

Semasa misi berkenaan yang dikenali sebagai Artemis-1, SLS akan membawa kapal angkasa Orion ke bulan.

Bagaimanapun, dilaporkan tiada angkasawan akan berlepas dalam penerbangan itu kerana jurutera mahu menguji kebolehan roket dan kapal angkasa terbabit sebelum manusia dibenarkan dalam misi tersebut pada 2023. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya