Roket Falcon 9 bawa anak sotong bobtail ke ISS - NASA - Utusan Malaysia

Roket Falcon 9 bawa anak sotong bobtail ke ISS – NASA

ROKET Falcon 9 akan bawa 128 ekor anak sotong spesies bobtail ke ISS. - NASA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sebuah kapal angkasa yang membawa lebih 100 ekor anak sotong spesies bobtail dan 5,000 haiwan mikroskopik, akan dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tengah malam ini.

Menurut Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), roket Falcon 9 akan membawa haiwan mikroskopik tersebut bersama dengan beberapa peralatan lain untuk eksperimen, menuju ke ISS.

NASA berharap agar eksperimen itu akan membantu para saintis memahami kesan perjalanan ke angkasa lepas.

Pelancaran roket Space X itu akan disiarkan secara langsung oleh NASA.

Sebanyak 128 ekor anak sotong spesies bobtail akan digunakan sebagai sebahagian mengkaji kesan perjalanan angkasa lepas mengenai interaksi manfaat antara kehidupan mikrob dan haiwan.

Agensi melaporkan, sotong mempunyai sistem imun yang agak serupa dengan manusia.

Menurut NASA, eksperimen itu dapat menyokong pembangunan langkah-langkah perlindungan untuk menjaga kesihatan angkasawan semasa misi angkasa lepas yang lama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya