Ribut Tropika Claudette ragut 12 nyawa di Alabama - Utusan Malaysia

Ribut Tropika Claudette ragut 12 nyawa di Alabama

SEBAHAGIAN rumah yang musnah dilanda puting beliung susulan Ribut Tropika Claudette membadai Alabama. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATLANTA: Ribut Tropika Claudette meragut 12 nyawa di Alabama ketika membadai tenggara Amerika Syarikat (AS) semalam, menyebabkan banjir kilat dan mencetuskan beberapa puting beliung yang menghancurkan puluhan rumah penduduk.

Seramai 10 orang termasuk sembilan kanak-kanak merupakan antara yang maut dalam kemalangan melibatkan sejumlah kenderaan, kira-kira 55 kilometer ke selatan Montgomery.

Menurut pegawai koroner, Wayne Garlock, kemalangan itu dipercayai berlaku akibat jalan raya yang basah dan licin susulan hujan lebat yang dibawa Claudette.

Katanya, lapan kanak-kanak berusia empat hingga 17 tahun terbunuh dalam sebuah van badan kebajikan kanak-kanak yang dikendalikan oleh Persatuan Sherif Alabama.

“Dua lagi maut dalam kenderaan berasingan dan beberapa orang lagi turut cedera akibat kemalangan tersebut,” katanya.

Selain itu, seorang lelaki berusia 24 tahun dan kanak-kanak tiga tahun terbunuh apabila sebatang pokok tumbang atas rumah mereka di bandar Tuscaloosa.

Sementara itu, banjir melanda beberapa kawasan termasuk utara Georgia, South Carolina, kawasan pantai North Carolina, tenggara Alabama dan Florida Pandhandle. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya