Ribuan orang buru batu dipercayai 'berlian' di Afrika Selatan - Utusan Malaysia

Ribuan orang buru batu dipercayai ‘berlian’ di Afrika Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KWAHLATHI: Beribu-ribu pemburu harta karun dilaporkan membanjiri kampung KwaHlathi di wilayah KwaZulu-Natal, Afrika Selatan untuk mencari batu permata, dengan harapan kawasan tersebut mungkin mengandungi berlian.

Insiden itu berlaku selepas seorang lelaki menemui batu berwarna putih berkilauan yang dipercayai berlian ketika menggali tanah di sebuah kawasan lapang di kampung tersebut.

Berita penemuan batu itu kemudian menjadi tular dalam kalangan penduduk dan di media sosial.

Setakat ini, pakar geologi masih belum menganalisis batu misteri yang ditemukan itu.

Pihak berkuasa telah mengarahkan penduduk yang berada di lokasi itu untuk meninggalkan kawasan tersebut bagi membolehkan pemeriksaan dijalankan.

Kerajaan tempatan juga memuat naik sebuah video memaparkan persekitaran kawasan itu di laman Twitter, dengan menyuarakan kebimbangan mengenai kejadian tersebut yang digelar sebagai ‘demam berlian’.

Menurut kerajaan tempatan, pihaknya mengambil maklum berhubung laporan aktiviti perlombongan haram yang berlaku di KwaHlathi, Ladysmith. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya