Replika lukisan Mona Lisa dijangka cecah RM1.51 juta - Utusan Malaysia

Replika lukisan Mona Lisa dijangka cecah RM1.51 juta

RAYMOND HEKKING memperoleh replika lukisan Mona Lisa pada tahun 1950. - CHRISTIE'S IMAGE LTD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sebuah replika lukisan karya Leonardo da Vinci yang terkenal, Mona Lisa akan dilelongkan di Paris.

Lapor BBC, lukisan itu dijangka mencecah lebih 300,000 euro (RM1.51 juta) dalam satu majlis lelongan dianjurkan oleh firma Christie’s.

Dilaporkan, replika lukisan itu dihasilkan oleh seorang pengikut Leonardo da Vinci pada awal abad ke-17.

Karya itu kemudian digelar sebagai `Mona Lisa Hekking’ selepas bekas pemiliknya, Raymond Hekking.

Hekking yang meninggal dunia pada tahun 1977 menimbulkan keraguan terhadap kesahihan karya asli itu yang ketika ini dipamerkan di Muzium Louvre, Paris.

Dilaporkan, Hekking memperolehi replika lukisan Mona Lisa pada tahun 1950 dari seorang peniaga bahan seni di Nice.

“Karya ini dan sejarahnya menggambarkan daya tarikan Mona Lisa dan aura Leonardo da Vinci,” jelas Christie’s dalam satu kenyataan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya