JEMBER: Seorang rektor Universiti PGRI Argopuro (Unipar) dilaporkan mahu bercium dengan isteri kepada seorang pensyarah di sebuah hotel di Tretes, Jember, Jawa Barat.
Kes itu terbongkar selepas suami mangsa melaporkan kes serangan seksual ke Yayasan PGRI Jember, seperti dilaporkan Tribunnews.
Beberapa pekerja dan pensyarah mendesak rektor yang dikenali sebagai RS itu meletakkan jawatan.
Pihak yayasan sudah menghantar surat amaran kepada rektor itu susulan laporan tersebut.
Rektor itu meletakkan jawatannya serta merta bagi meredakan ketegangan di Unipar akibat kes itu.
RS mengaku kesilapan ketika berniat hendak mencium isteri orang di depan pintu bilik hotel.
Katanya, kejadian bermula semasa dia mengajak pensyarah itu makan di biliknya.
“Ketika saya mahu mencium, dia menolak dan saya terus minta maaf dan berlalu pergi. Saya tahu saya salah dan sudah meminta maaf. Saya tidak sempat menciumnya,” katanya.