PRAGUE: Satu puting beliung kuat melanda beberapa perkampungan di tenggara Republik Czech, menyebabkan 150 orang cedera dan dikhuatiri ada yang maut.
Puting beliung itu dilaporkan memusnahkan sebahagian besar kediaman penduduk dan bangunan di selatan Breclav serta derah Hodonin, selain banyak pokok tumbang.
Sehubungan itu, pasukan kecemasan termasuk bantuan dari Austria dan Slovakia dikerah ke lokasi terjejas bagi membantu penduduk.
Pengarah Hospital Hodonin, Antonin Tesarik berkata, keadaan di beberapa lokasi yang dilanda puitng beliung disifatkan seperti ‘medan peperangan’.
“Keadaan sekeliling amat dahsyat, darah boleh dilihat di merata tempat, orang ramai menangis ketakutan,” katanya.
Fenomena alam itu juga menyebabkan trafik sesak dan bekalan elektrik terputus, menyebabkan lebih 100,000 kediaman bergelap.