LONDON: Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle mengumumkan kelahiran bayi kedua mereka.
Lapor BBC, anak mereka dinamakan sebagai Lilibet ‘Lili’ Diana Mountbatten-Windsor lahir pada pukul 11.40 pagi Jumaat di Hospital Santa Barbara, California.
Istana Buckingham menerusi kenyataan berkata, ibu dan anak dilaporkan berada dalam keadaan sihat.
“Ratu, Prince of Wales dan Duchess of Cornwall serta Duke and Duchess of Cambridge sudah dimaklumkan dan gembira dengan berita kelahiran itu.
Putera Harry dan Meghan berkata, mereka menamakan anak kedua itu sempena nama singkatan Ratu dari keluarga diraja yang juga merupakan moyang kepada anaknya.
Manakala, nama Diana dipilih sebagai tanda penghormatan terhadap mendiang ibunya, Puteri Diana.