Presiden El Salvador mahu bitcoin jadi mata wang digital sah - Utusan Malaysia

Presiden El Salvador mahu bitcoin jadi mata wang digital sah

NAYIB BUKELE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EL SALVADOR: Presiden El Salvador, Nayib Bukele akan membentangkan rang undang-undang ke Kongres minggu depan dalam usaha menjadikan bitcoin sebagai mata wang digital sah di negara itu.

Menerusi video sempena persidangan Bitcoin 2021 di Miami, Bukele berkata, dalam jangka masa pendek bitcoin mampu mencipta peluang pekerjaan serta membantu menjana kewangan kepada ribuan penduduk.

Pengasas Strike, Jack Mallers yang turut menghadiri persidangan itu mengalu-alukan perundangan tersebut dan akan bekerja rapat dengan pihak kerajaan bagi menjadikan teknologi bitcoin sebagai satu kejayaan.

Katanya, pengamalan mata wang digital sebagai undang-undang yang sah menjadikan El Salvador sebagai sebuah rangkaian pembayaran terbuka yang paling selamat, cekap dan bersepadu di dunia.

Strike merupakan aplikasi pembayaran dalam talian yang dilancarkan di El Salvador, Mac lalu. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya