Pipi bayi `koyak' ketika proses kelahiran - Utusan Malaysia

Pipi bayi `koyak’ ketika proses kelahiran

KYANNI Williams mempunyai parut besar di pipi kirinya selepas pembedahan di hospital Denver Health. - KRON 4 NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENVER: Seorang bayi perempuan cedera semasa proses kelahiran secara pembedahan (caesarean), menyebabkan pipinya luka, sekali gus meninggalkan parut.

Lapor The Sun, ahli keluarga bayi berkenaan menceritakan, Kyanni William terpaksa menerima 13 jahitan untuk menutup luka itu selepas dia dilahirkan di Hospital Denver Health, Colorado pada Rabu lalu. 

Bapa Kyanni, Damarqus Williams berkata, dia amat kecewa dengan kejadian yang menimpa anaknya.

Menurut Williams dan isterinya, Reazjhana, pada mulanya, Kyanni sepatutnya dilahirkan secara normal.

Namun, doktor di hospital tersebut memberikannya pil untuk mempercepatkan proses bersalin dan beberapa minit kemudian dia dibawa ke dewan bedah.

“Doktor memberitahu bayi kami tidak bergerak tiba-tiba sehingga gagal mengesan bunyi degupan jantungnya. Jadi mereka terpaksa melakukan pembedahan segera,” kata Williams.

Menurut pasangan itu, doktor memaklumkan kepada mereka  bahawa kepala Kyanni berada pada posisi berhampiran dinding plasenta semasa pembedahan itu dilakukan.

Namun, kumpulan petugas perubatan itu tidak memberitahu mereka telah mencederakan bayi pasangan itu secara tidak sengaja.

“Saya cuba memahami apa yang berlaku dan sungguh menyedihkan apabila melihat wajah anak saya berparut selepas pembedahan,” kata Reazjhana. 

Nenek bayi itu, Tashaira Williams menegaskan para doktor terlibat mesti bertanggungjawab  atas kejadian yang menimpa cucunya. 

Sementara itu, Hospital Denver Health menerusi kenyataan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan akan berunding dengan keluarga Williams. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya